Mini Meetup

1st Meetup bertukar kepada Mini Meetup kerana kebanyakan orang-orang penting myDungun tidak dapat hadir kerana ada masalah keluarga dan ada juga pergi beraya. Maklum la…meetup diadakan pada raya ke-4 dan ramai lagi yang masih kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara. Biasanya kalu dah raya ke-4 ni sudah tentu ke rumoh sudara mara yang jauh so susoh la sket nk adakan pertemuan tu.

Berkenaan tempat plok…mulanya telah dipersetujui diadakan di KFC Dungun, tapi petang tu ramai sangat orang kat KFC tu sampaikan dok cukup meja. So pindah ke “bistro” Dungun tapi tunggu punya tunggu punya tunggu bistro tak buke daa….

Jadi dialihkan secara dok sengaja di Pantai Telok Lipat. Emmm

Kelihatan En.Lanun di sebelah kanan (kanan ke kiri? Lantak la….) bersama penaja rasmi iaitu rokok Dunhill ditengah tu pula Babyfa dan turut kelihatan di situ dihadapan beliau adalah borang pendaftaran KBS dan bertudung hijau pula Norayuyue manakala disebelah kiri sekali atas meja adalah beg beliau. (Warna belang-belang tu.)

Lanun Beraya!

Salam Aidilfitri buat semua ahli Persatuan Belia Maya Dungun (myDungun) serta semua pengunjung. Raya tahun ni disambut sederhana sahaja…maklum la ekonomi dunia gawat…maka poket pun gawat. Tahun ni En.Lanun hanya beli baju melayu (tanpa seluar) dan kemeja Polo tiruan je…huhu











Ni sewaktu En. Lanun menyampaikan “Pengumuman Raya” kepada penduduk kampung.


Antara tetamu yang hadir memperabiskan segala juadah yang dihidang dan yang tak dihidang pun diorang bedal.







Menu utama sate ayam dan daging serta nasi himpit..( orang Teranung panggil “nasi kapit” )









Ni antara duit raye yang di sediakan oleh En.Lanun yang diagih-agihkan kepada pengunjung bawah umur yang membawa surat beranak yang original.



1st Meetup myDungun - Siri 3

Sehingga artikel ini ditulis masih ditetapkan sebagaimana berikut:

Portal MyDungun Tepaksa Ditutup?

Salam Aidilfitri

Pengajaran Di Sebalik Pengalaman

En.Lanun rase agok bersaloh dan “malu mate” (katanye orang Teranung) kepada ahli-ahli myDungun, kerana apa? Ini adalah berkaitan “banner myDungun” sehingga kini ianya masih tidak wujud.

Moralnya :

1. Jangan berjanji atau hebahkan sesuatu aktiviti sekiranya peruntukan atau modal tidak mencukupi lagi.

2. Ada wang baru boleh cakap!

Isk! Malunyerrr……….

Mungkinkah Ini Logo Terbaru Yang Akan Digunapakai Oleh myDungun?

 

Ianya bergantung kepada undian ahli myDungun…jom undi di sini

1st Meetup myDungun - Siri 2

Salam…emm nampok gayenye 1st “meetup” myDungun yang dirancangankan memang akan ditunda. Ekoran kesihatan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO eh silap..Ahli Majlis Tertinggi myDungun tidak mengizinkan. Babyfa sakit-sakit sket dan elok la dibiarkan dahulu beliau berehat dahulu. Ini kerana sudah dimaklumkan bahawa “PR” myDungun terletak “ditangan” Babyfa. Sama-sama kite doakan semoga beliau cepat sembuh.

Insyaallah “meetup” ini akan diadakan pada hari raya, mugkin raye ke-3 atau ke-4

Wasalam

1st Meetup myDungun - Siri 1

Sempat juga mencelah dan menjenguk myDungun sekali-sekali walaupun “bercuti”, tapi tak la tahap monitoring macam biase. Ari ni kite dah berpuasa untuk hari ke - 12.

Tadi dapat pula berita dari yuyue mengatakan Babyfa sakit, tapi tak tau la macam mana tahap keseriusannya itu, sakit biase atau macam mana. Di harapkan sakit biasa dan cepat sembuh kerana “1st Meetup” bergantung kepada Babyfa dari segi “public relation” antara myDungun dengan ahli. Jika agak serius meetup ini pasti akan ditunda.

Komando_Trg pula katanya balik ke Dungun pada 28hb…meetup yang dicadangkan oleh en.lanun (iaitu diri saya sendiri adalah 27hb). Kalau dah 28hb baru balik Dungun takkan nak adakan terus “meetup” tersebut, kesian lak kat si Komando_Trg tu…penat tak hilang lagi. 29 dan 30 dah agak suntuk, dah nak beraye. So….kiter tengok dulu la camne.

* Keterangan gambar di atas : Sewaktu en.lanun ditawarkan berlakon lam filem Matrix, tapi untuk aksi lasak Si Keanu Reeves yang lakonkan, en.lanun hanya untuk aksi romantis dan ehemm..ehemm aje, hak hak hak!

Persatuan myDungun?!!!

Tergerak pula di hati saye..tetiba aje apa akan terjadi sekiranya myDungun ini dijadikan sebagai satu pertubuhan, samada melalui belia atau lain-lain cabang. Tetapi saye masih belum meninjau secara jelas bagaimana mahu menuju ke arah penubuhan tersebut. Kena tanya pendapat ahli-ahli myDungun terlebih dahulu. Menda “benefit” dan apa pula risikonya. Ini perlu dibincangkan dengan serius.

Beberapa ahli myDungun yang dikenalpasti akan dibawa berbincang dalam tempoh terdekat…mungkin pada 27 hb September ini (rasanya 27hb ni Komando_Trg dah ada kat Dungun kot). Lain-lainnya adalah Baby Fa, norayuyue onetrg, airy, dan beberapa orang lagi la…buat masa ni kepada ahli myDungun yang berminat dan ingin turut serta dalam “meetup” tersebut boleh menghantar cara @ kaedah untuk dihubungi kepada BabyFa (setiausaha sementara…belum disahkan secara rasmi mengikut lunas undang-undang Zimbabwe Selatan).

Sekiranya myDungun didaftarkan sebagai sebuah Kelab@Persatuan.

1. Memudahkan untuk mendapat sponser dari mana-mana pihak sekiranya ingin mengadakan sebarang aktiviti dan sebagainya.

2. Boleh terlibat didalam mana-mana program kerajaan, swasta atau individu.

3. ( itu saja yang terpikir buat masa ni…hehehe)

KOMANDO_TRG AKAN AMBIL ALIH ADMIN myDUNGUN? BETUL KE?

Saya akan berehat seketika dari myDungun sehingga penghujung bulan (mungkin sampai 25hb kot?) kerana mempunyai sedikit masalah melibatkan, keluarga dan juga pergolakan politik(???) (rata-rata ahli myDungun tahu saya merupakan salah seorang orang kuat politik di Dungun ini ) Namun demikian, saya mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan…kepada diri sendiri dan anda semua (ahli myDungun) myDungun bukanlah ditubuhkan atas dasar politik dan tiada kepentingan politik dan tiada cita-cita ke arah itu.

Oleh itu saya tiada masa untuk memberikan komitmen untuk myDungun dalam tempoh tersebut….Oleh yang demikian (cewahh..kelas ayat!) Komando_Trg akan diberikan “Kuasa Aura Peringkat ke-8 perpuluhan tujuh enam” untuk mengendalikan myDungun buat sementara waktu. Beliau akan menggantikan en.lanun dalam tugas memantau aktiviti, forum, posting, artikel, media pada portal myDungun (bace elok-elok Komando_Trg “portal myDungun” sahaja…so lepas ni jgn ko mintak “god password untuk cpanel domain mydungun lak?hahahaha). Anda akan dihantar mesej berkaitan perkara ini.

Ahli-ahli myDungun yang dah tahap “otai-otai” juga akan diberikan beberapa kemudahan dan kelebihan akses pada masa yang akan datang..so jangan jeles pada komando_trg dan boikot myDungun plak….aku belasah kang!

Kesempatan ini juga diucapkan terima kasih tak terhingga diberikan kepada Gnomex, dia ni ahli ke-2 myDungun selepas en.lanun. Gnomex mengikuti myDungun semenjak zaman http://mydungun.forum2u.org (tak yah tengok la…semua posting dan ahli-ahli telah dipadamkan).

Sekian…

Yang benar,

(ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan atau cop diperlukan sebagai pengesahan)

……………………………………………………..

Encik Lanun Bin Tuan Penyamun

7 Hari Sudah Berlalu

Sedar dok sedor…sudoh seminggu berpuasa. Mesti masing-masing mulai sibuk dengan undangan majlis berbuka puasa. Saya pulok :

Hari Pertama - Di rumah sahaja

Hari Kedua - Dalam keta ( perjalanan balik dari K.Trg )

Hari Ketiga - Jemputan Dari KOMUNITI Dungun

Hari Ke 4 - Jemputan rumah sendiri..hehehe

Hari Ke 5 - Jemputan Pusat Harian Warga Emas Dungun

Hari Ke 6 - Jemputan Rukun Tetangga Kawasan Alur Tembesu

Hari Ke 7 (hari ni la) - Jemputan Dari Pemuda UMNO Bahagian Dungun

Esok luse dok tahu lagi la…

Ok la…nak gi surau plok ni…lagi dok dengor orang Bang Ise dok gi…surau dekat je ngan umoh.

myDubuntu?

Blog berkaitan Linux Ubuntu iaitu www.ubuntu.mydungun.net telah berpidah ke alamat baru iaitu myDubuntu  (www.mydubuntu.blogspot.com) merupakan gabungan antara perkataan myDungun + Ubuntu = myDubuntu. Tapi manalah tahu kot-kot suatu hari nanti myDungun akan mengeluarkan OSnya sendiri berasaskan Ubuntu dan dikenali sebagai myDubuntu…hehehe. Seperti semua sudah maklum Ubuntu adalah OS dari Sumber Terbuka di mana sesiapa sahaja boleh mengubahsuainya sebagai mana dilakukan oleh Ubuntume dan gOS

Trend Baru Lepas Bersahur

Nampoknye doh menjadi seakan rutin seterusnya walaupun hari ni baru masuk 2 Ramadhan di mana selepas bersahur saye terus mengadap internet. Setelah selesai bersahur, pastu semayang Subuh maka waktu yang ada sebelum masuk kerja jam 9.30 pagi saye akan mengadap internet. Kira-kira dalam tempoh 3 jam la…dok mengantuk ke? Mengantuk jugok..tapi dok ape la…(tdo pat kije la sket) hehehe….Saye sibuk sket 2-3 hari ni kerana melakukan pemindahan blog Ubuntu.mydungun kepada laman baru.

Sabda Rasulullah s.a.w

” Sekiranya umatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan “

Portal myDungun Bukan Milik Saya

Ramai pengguna internet masa kini telah didedahkan dengan laman blog dan laman web. Sudah kurang diberikan perhatian kepada laman portal. Oleh itu saya terpanggil untuk mewujudkan satu portal seperti myDungun.

Namun beberapa penekanan perlu diberikan kepada pengunjung dan ahli myDungun.

1. myDungun adalah sebuah portal.

2. Portal adalah bukan milik persendirian.

3. myDungun adalah milik semua ahli myDungun.

4. Perjalanan, isi kandungan dan halatuju sesebuah portal semuanya ditentukan oleh ahli portal.

5. Segala persoalan, perbincangan hendaklah diajukan kepada semua ahli, bukan hanya kepada Admin.

6. Peranan admin sesebuah portal hanyalah memastikan perjalanan portal dengan lancar.

KESIMPULAN : domain mydungun.net adalah milik saya…namun begitu…myDungun bukan milik saya…ianya milik ANDA SEMUA.

Marhaban Yaa Ramadhan

Mungkin Hari-Hari Yang Dilewati Telah Melahirkan Kenangan Yang Tak Terlupa…Ada Salah, Ada Khilaf, Ada Dosa. Agar Tiada Dendam, Tiada Sesal…Mari Kita Sama-Sama Sucikan Hati, Diri Dan Jiwa. Selamat Berpuasa

Berehat Seketika

Setelah melalui hari-hari yang meletihkan rasa nok berehat seketika…tu pasal la en.lanun dok berapa aktif sangat kat myDungun untuk 2-3 hari ni.

Malam ni plak upacara Ulangtahun Kemerdekaan Ke-51 akan diadakan di Dataran Dewan Merdeka Dungun. Mesti pergi untuk ambik gambar. Macam biasa la…

MERDEKA bukan selamnya milik kita. PERTAHANKANLAH KEMERDEKAAN

Liputan Pemasyhuran Perbandaran Dungun

myDungun…takkan tadok berita berkaitan Permasyhuran Perbandaran Dungun? Semuanya ada dalam simpanan saya..tapi saya tadok banyok mase skit akhir-akhir ni. Sibuk ke Kolumpo pastu ke Permatang Pauh. Saye hanya sempat berada di Dungun pada malam permasyhuran sahaja kemudian bergegas tinggalkan Dungun.

Mengenai malam majlis permasyhuran tersebut..saye tidak begitu berpuas hati dengan gambar dan video yang diambil kerana saye tadok mase untuk “prepare”. Sepatutnya pada siang hari saye sudah pergi melihat serta meninjau keadaannya, namun masa tidak mengizinkan. Banyak acara terlepas dari lensa myDungun antara yang menarik sempena permasyuran perbandaran adalah Larian Jambatan Kuala Dungun, Pertandingan Bot Laju, Pertandingan Mini-Bike dan bermacam lagi.

Sebelum berlepas ke Kolumpo pagi 21 Ogos, saye sibuk menguruskan Sukan Perpaduan Daerah Dungun yang berlangsung pada 21-23 Ogos 2008. Menguruskan acara, menyusun atur urusetia serta serta pemain.

Pada malam majlis permasyhuran, itu adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Padang Dewan Merdeka (dahulu dikenali sebagai Dewan Zink Merah), saye sampai jam 8.30 malam. Saye sendiri tercari-cari di mana pentas utama (hehehe). Berjalan punya berjalan, nun dihujung sana pentasnya. Rupanya pengunjung tidak dibenarkan menghampiri pentas utama. Kecuali pihak press seperti Utusan, Sinar, Metro dan lain-lain. Saye mula terasa agak kecewa, apatah lagi pentas utama agak jauh, rasanya 50 meter dan terlindung oleh 3 khemah besar yang dikhaskan untuk tetamu VIP dan VVIP.

Takala kamera mula disimpan didalam kocek, tut..tut…sms dari Komandotrg yang mahukan saye mengambil gambar barang sekeping dua kerana beliau dok dapat ikut serta majlis tersebut. Otak mula berfikir seperti cerita kartun “Jimmy Neutron”. Berlari ke kereta, memakai jaket hitam serta kasut kemudian berpusing sekeliling penghadang dan dibelakang pentas terdapat satu konopi untuk artis, dari situ la saye berjaya menerobos masuk sehinggakan dapat menyentuh pentas utama. Ketika itu saye berada sebaris dengan press-press dari Sinar, Metro, RTM dan Nianyang Siang Pau serta ramai lagi la. :-)

Majlis dah dimulakan ketika itu, namum sempat juga merakamkan sewaktu ucapan perasmian Permasyuran tersebut. Namun ketika upacara simbolik pemasyhuran tetiba sahaja bateri habis. Adik saye memakai kamera sebelum itu dan tidak dicas sepenuhnya semula. Apa lagi saye bergegas keluar dan berlari ke kedai berhampiran TM Point…jauh tu. Membeli bateri alkaline 4 bijik, ketika itu bunga api telah berdetum-detam. Cantik…Sedih kerana tidak dapat merakamkannya.

Setelah itu, saye cuba menceroboh masuk sekali lagi, ketika itu dilihat lebih kurang 20 orang cuba masuk melalui jalan yang sama, sebaik sahaja saye masuk..para pegawal keselamatan iaitu JPA3 dan Rela telah perasan dan menahan mereka termasuk saye. Entah macammana kerana tubuh berpeluh, saye membuka jaket dan melihat kepada seorang RELA kat situ sebagai tanda tak puas hati. Tetiba dia berkata ” Ok, encik boleh masuk” serentak dengan itu kawannya berkata, ” Bakpe? Dia dari mana” dan seraya pegawal RELA tersebut menunjukkan kearah kemeja yang saya pakai “dari Jabatan Hal Ehwal Khas”. Rupanya saya tidak perasan saye memakai kemeja rasmi Jabatan Hal Ehwal Khas yang diberikan oleh mak saya. (mak saye bekerja kat situ)

Raoud ke 2. Masuk kali kedua ketika itu artis-artis sudah menyanyikan persembahan pusingan pertama kepada VVIP dan VIP. Nyanyian tak penting bagi saye..kemudian acara Persembahan Bunga Api Berirama ( Lagu “Impianku”) Di mulakan….fuh!! Sempat juga merakamkannya. Kemudian para VVIP dan VIP ke beredar ke jamuan makan dan kemudiaanya adalah Persembahan Artis Sempena Permasyhuran.

Pembunuhan Tragis Di Suragate

Dalam 2-3 hari yang lepas satu kejadian pembunuhan telah berlaku satu salah faham dan berkemungkinan berpunca salah faham dan juga perkauman di kawasan rumah En.Lanun. Kejadian ini berlaku pada jam 11.00 di mana ketika itu En.Lanun sedang mengadap komputer. Tetiba je terdengar sesuatu seakan-akan benda jatuh menghempas lantai menusuk masuk melalui saluran lubang telinga melintasi koklea di dalam telinga En.Lanun. Bunyi tersebut datang dari arah ruang tamu rumah En.Lanun

En.Lanun bergegas ke tempat di mana datangnya bunyi tersebut dan melihat keadaan ruang tamu sudah agak berselerak. Ketika itu En.Lanun perasan dan sempat melihat suatu lembaga berdesup keluar melalui cermin tingkap (nakoh), oleh kerana keadaan persekitaran yang gelap, En.Lanun tidak smpat melihat dengan jelas lembaga tersebut.

Kemudian setelah membuka lampu, En.Lanun melihat mangsa sudah keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran dengan darah. Selang beberapa ketika kemudian, mangsa dah……… isk isk isk waaa! Setelah mengumpul semua bukti ditempat kejadian, tiada senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa ditemui.

Kertas penyiasatan dibuka, En.Lanun menemubual beberapa orang saksi yang melihat dan mendengar kejadian tersebut. Antara yang ditemubual dan diambil keterangan adalah emak En.Lanun sendiri dan beliau mengatakan suspek mempunyai susuk tubuh berwarna hitam dan bermisai lebat. Beberapa orang saksi juga memberikan maklumat yang hampir serupa dan ini memudahkan kerja-kerja memburu suspek. Kesimpulannya, suspek mempunyai bentuk tubuh yang agak sasa dan gelap, mempunyai sepasang mata yang jernih, bentuk telinga agak besar dan mempunyai misai yang lebat.

Suspek dipercayai masih lagi bebas dan berkeliaran di kawasan sekitar rumah En.Lanun. Hasil daripada maklumat orang ramai berikut En.Lanun memaparkan lakaran wajah suspek :

Untuk membaca artikel ini sepenuhnya, sila klik di sini »

Terlupa Larian Jambatan Kuala Dungun

Pagi ni sibuk sket..gotong-royong bersihkan Surau Kg. Alor Tembesu, pastu kat umah pun adakan gotong royong bersihkan stor sampaikan terlupa dengan acara Larian Jambatan Kuala Dungun. Sebelum tu memang dan sudah semestinya berniat untuk pergi, ( bukan apa En.Lanun kan wartawan tidak bertauliah ) untuk mengambil sedikit info dan juga gambar 2-3 keping atau 2-3 helai untuk dimuatkan di dalam portal myDungun.

Cakap pun tak guna, benda dah lepas !

Sesaja 1

Dulu mase tadok personel blog rasa nok ada…sekarang ni bile doh ader dok tahu plok nok tulis mendape…tadok menda nok dikaborkan. Ni bukanlah blog politik, kalu blog politik baru la dok cukup jari menaip. Cakap pasal politik ni, setiap hari En.Lanun nak di kerja akan melewati di hadapan bekas ADUN Sura Ustaz Ahmad Kamal. Sekali-sekale bila lalu En.Lanun memanjangkan tengkuk sebanyak 4.75cm untuk meninjau kedalam halaman rumah Ustaz Kamal walaupun sedang memandu dengan kelajuan 14 kali ganda kelajuan cahaya.

Gambar kenangan bersama Ustaz Ahmad Kamal (Bekas ADUN Sura) ketika bersarapan pagi di Batu Buruk. Turut kelihatan ditengah tu, tuan kedai makan serta dibelakang tuan kedai tu adalah bekas merebus air panas yang kemek kerana di gigit oleh En.Lanun kerana air yang dibuat sungguh panas bukan setakat berasap tapi berapi.

Tamat 3 Hari

Agak tadok mase untuk myDungun 3 hari ni… kerana En.Lanun terlibat dengan Kursus Kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu. Peserta adalah dari Pejabat Tanah Dungun, Pejabat Agama Islam Dungun.

Kali ni merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Asas Pengenalan Linux. Seronok memperkenalkan menda baru..walaupun diberikan modul Linux OpenSUSE, tetapi sempat jugak En.Lanun mempromosi Linux Ubuntu 8.04. Mereka semua berminat dan En.Lanun pun apalagi kalau dok merompok diorang dengan harga RM2 sekeping…murah je! Ambik kire kos cd kosong, elektrik, dan kehausan kipas cpu serta lain-lain komponen pada laptop aje…kirenya tadok untung pun.

Malam ni pulok ada “meeting” tentang Program Fiesta Perpaduan Daerah Dungun.. Ditunda kepada 20 Ogos plak.

© 2008 Blog En.Lanun [myDungun.net Administrator]
Designed by NET-TEC Webhosting -- Made free by Trauringe | Wintergarten | Ratenkredit | wordpress themes